Thursday, 5 January 2012

Pembinaan Bangunan Baru MaSIs





Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian daripada bangunan-bangunan lama sebelum pembinaan bangunan baru 2008.

Berdasarkan keperluan semasa, bangunan lama masjid ini sudah tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat. Berikutan dengan itu dalam tahun 1999, satu kertas cadangan pembinaan bangunan baru masjid telah diangkat ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bagi memohon pandangan dan 2 bidang tanah bersebelahan dengan masjid juga telah diambil balik oleh kerajaan untuk tujuan pembesaran masjid.

Setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, pada awal tahun 2008 Jabatan Kerja Raya telah menawarkan tender bagi membina dan menyiapkan bangunan baru Masjid Raja Chendering dengan sebut harga berjumlah RM7,480404.80. Kerja-kerja pembinaan masjid ini telah diserahkan kepada syarikat Tasland Corporation Sdn.Bhd untuk disiapkan.


Bangunan ini telah siap sepenuhnya pada 31 Mei 2011 dan mula diberi kebenaran gunapakai pada 4 Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment